Page 202 - Proceedings Collega2023
P. 202
persembahan. Penelitian ini menunjukkan bahawa frekuensi bunyi yang ditetapkan dapat memberi kesan
terhadap pergerakan tubuh secara spontan dan organik.
Frekuensi bunyi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Kajian daripada
saintis Jepun yang terkenal iaitu Masaru Emoto, The Hidden Message of Water menjadi rujukan utama
dalam proses penyelidikan ini. Masaru (2004), menyatakan dalam bukunya bahawa tubuh badan setiap
manusia mengandungi 70 peratus air. Kandungan air yang banyak dalam tubuh badan manusia ini yang
menyebabkan setiap gelombang yang berada disekeliling seseorang akan memberi tindakbalas yang
berbeza-beza. Eksperimen titisan air yang jatuh dipermukaan pembeku dan di tengah-tengahnya
dipasangkan lagu dengan frekuensi bunyi yang berbeza telah membuktikan bahawa bentuk titisan air yang
beku tersebut menghasilkan bentuk yang berbeza.
Kajian Literatur
Frekuensi bunyi merupakan aspek asas bunyi yang dapat memberi kesan kepada jiwa seseorang
manusia. Manusia hidup dengan dikelilingi pelbagai gelombang bunyi di setiap persekitaran. Frekuensi
bunyi juga mempunyai keupayaan mempengaruhi psikologi manusia yang mampu mengubah emosi.
Frekuensi yang berbeza boleh membangkitkan emosi yang berbeza bagi pendengar, dan ini sering
digunakan dalam muzik dan reka bentuk bunyi untuk mewujudkan mood atau suasana yang diinginkan.
Menurut Islakhuddin (2023) dalam laman sesawang Medium menyatakan bahawa, frekuensi yang lebih
rendah sering dikaitkan dengan perasaan sedih, sayu, atau ketenangan, manakala frekuensi yang lebih
tinggi cenderung dikaitkan dengan kegembiraan, keseronokan atau ketegangan. Bunyi adalah gelombang
longitudinal yang merambat melalui medium elastis, seperti udara, air dan benda padat. Bunyi dapat
diukur dengan satuan Herz (Hz) yang menunjukan jumlah getaran per detik. Frekuensi bunyi yang dapat
didengar oleh manusia adalah antara 20 Hz hingga 20.000 Hz. Suara yang memiliki frekuensi rendah seperti
suara bass, lebih cenderung terasa lebih dalam dan berat. Manakala, suara yang memiliki frekuensi yang
tinggi pula, seperti contoh suara treble, cenderung kepada rasa yang lebih ringan dan tajam.
Binaural beats merupakan satu persepsi yang berlaku apabila terdapat dua frekuensi yang berbeza
iaitu Hertz (Hz) dimainkan ke dalam setiap telinga secara berasingan. Menurut Onno (2020), Resonans
antara kedua-duanya kekerapan ditafsirkan sebagai bunyi ketiga yang disebut sebagai biaural beats. Hal
ini kerana ia melibatkan dua input bunyi dan didengar sebagai kekerapan di antara kedua frekuensi yang
dimainkan. Frekuensi yang ketiga ini menggesa sel-sel otak untuk mula menembak pada frekuensi yang
sama dan dipanggil sebagai proses entrainment. Entrainment bukan hanya berkaitan dengan binaural
beats tetapi ia adalah bahagian biasa bagi fungsi otak. Menurut beberapa penyelidik, apabila seseorang
mendengar binaural beats tertentu, ia boleh meningkatkan kekuatan gelombang otak tertentu. Ini boleh
meningkatkan atau menahan fungsi otak yang berbeza yang mengawal pemikiran dan perasaan seseorang
individu.
Pergerakan organik melibatkan ekspresi tertentu. Kebebasan pergerakan olah tubuh badan
seseorang bergantung kepada gelombang penghayatan seseorang itu terhadap perasaan yang sedang
dirasai oleh dirinya (Jill Hayes, 2013). Berdasarkan kajian keberkesanan eksperimen titisan air yang
dilakukan oleh Masaru, pengkaji ingin melihat keberkesanan kajian tersebut diterapkan kepada tubuh
badan manusia. Hal ini juga adalah kerana pergerakan organik akan terhasil melalui kesan ke atas manusia
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 189 -

