Page 203 - Proceedings Collega2023
P. 203

apabila gelombang bunyi diterima melalui pendengaran dan disampaikan ke sistem otak manusia. Kajian
               ini  mencadangkan  bahawa  di  luar  peranan  mereka  yang  diiktiraf  dalam  terapi  mental  dan  meditasi,
               frekuensi binaural beats boleh mewujudkan rasa selesa untuk seseorang individu sebelum terlibat dalam
               sesi latihan di dalam studio. Hal ini juga, menunjukkan bahawa frekuensi ini mempunyai potensi dwi fungsi
               dalam kedua-dua persediaan mental dan fizikal untuk seseorang.

               Reka Bentuk Kajian

                       Kajian ini dilakukan berdasarkan reka bentuk kajian kualitatif dan melalui proses latihan serta
               pemerhatian  secara  praktikal.  Kajian  ini  menggunakan  kaedah  pemerhatian  ini  dilakukan  terhadap
               seorang  individu  yang  melalui  proses  daripada  awal  kajian  sehingga  tamat  kajian  ini.  Pemerhatian
               terhadap  pergerakan  tubuh  badan  yang  dihasilkan  melalui  pendengaran  bunyi  yang  direka  daripada
               susunan frekuensi bunyi diteliti atas individu tersebut. Proses yang memakan masa selama setahun ini
               menitikberatkan tentang tindakbalas individu yang sama supaya pengkaji dapat melihat perubahan dan
               perbezaan  pergerakan  yang  terhasil  daripada  susunan  frekuensi  bunyi  yang  berbeza  pada  setiap  kali
               proses dilakukan.

               Kerangka Kajian

                       Kajian yang berteraskan frekuensi bunyi ini direka berdasarkan elemen-elemen yang dipilih oleh
               pengkaji. Berdasarkan eksperimen yang dilakukan oleh Masaru Emoto iaitu kajian penyelidikan tentang
               air,  pengkaji  mencuba  kajian  tersebut  untuk  diterapkan  terhadap  tubuh  badan  manusia.  Kajian  ini
               menggunakan carta binaural beats sebagai panduan untuk mereka cipta bunyi bagi proses kajian terhadap
               tubuh badan manusia. Hanya 4 frekuensi yang digunakan mengikut susunan binaural beats iaitu alpha,
               beta, theta dan delta. Susunan frekuensi ini disusun mengikut kesesuai fungsinya dan juga dibahagikan
               mengikut minit supaya kajian ini dapat memperolehi perbezaan tidak balas tubuh badan mengikut minit
               dan kategori frekuensi yang direkabentukkan.

































               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 190 -
   198   199   200   201   202   203   204   205   206   207   208