Page 842 - Proceedings Collega2023
P. 842

MENILAI KONSEP BUDI DALAM
                                                KETEGANGAN SOSIAL

                             EVALUATING THE CONCEPT OF "BUDI" IN SOCIAL CONTENTION





                                                     Abdul Aziz Azizam*
                                          Universiti Teknologi MARA, Selangor, Malaysia
                                                 abdulazizazizam@uitm.edu.my



                                                         ABSTRACT

                       Konsep budi acap kali di angkat oleh ramai pemikir alam Melayu dan juga Negarawan dalam
               ucapan-ucapan dan kertas kerja mereka. Konsep budi rapat pada leluhur orang Melayu yang meliputi
               adatpekerti kehidupan dan tingkah laku orang Melayu sejak sekian lama. Oleh kerana budi ini jua
               membuatkan bangsa lain selesa, kasih dan sayang untuk mereka bersama dan tetap di tanah Melayu
               walaupun pada awalnya mereka hanya dibawa datang untuk bekerja dengan syarikat-syarikat Inggeris.
               Dalam kertas kerja ini kami meneliti konsep budi didalam lingkungan sfera awam yang mana telah
               diperkenalkan sejak sekian lama dan kemunculan medium baharu komunikasi, konsep ini telah di
               lebarkan lagi kepada sfera awam baharu dengan memberi perhatian kepada cabarannya terhadap konsep
               budi tersebut. Persoalan utama dalam kajian ini adalah bagaimana penghayatan budi di dalam
               masyarakat Malaysia pada hari ini di dalam mengendali isu dan perbezaan pandangan, terutamanya
               didalam media sosial dengan kepelbagaian identiti kaum dan agama di Malaysia pada harini. Perihal
               berkaitan nilai budi diukur berdasarkan interaksi dalam ketegangan sosial berkenaan sebuah isu yang
               menjadi polemik di dalam sosio-politik di Malaysia. Kajian kes ini di teliti dengan menggunakan kaedah
               inovatif dengan melihat daripada interaksi masyarakat mengendalikan pendapat didalam perbezaan
               pandangan. Data virtual-etnografi di gunakan dan di analisa berdasarkan correlational-words analysis.
               Dapatan kajian telah membuktikan bahawa pemahaman konsep budi ini wujud, walaubagaimanapun,
               terdapat perbezaan amalan antara kumpulan didalam konteks ketegangan sosial.

               Keywords: konsep budi; social media; ketegangan sosial.
















               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 829 -
   837   838   839   840   841   842   843   844   845   846   847