Page 215 - Proceedings Collega2023
P. 215

ABSTRAK

                       Budaya menonton wayang di Malaysia telah mengalami perubahan ketara dengan kemunculan
               konsep  Pusat  Sehenti  Setempat  di  pusat  membeli-belah.  Konsep  ini  bertujuan  untuk  memberikan
               pengalaman  hiburan  yang  komprehensif  untuk  semua  penonton  wayang  di  bawah  satu  bumbung.
               Disertasi  ini  meneroka  kesan  konsep  itu  terhadap  budaya  menonton  wayang  Malaysia  pada  era
               kontemporari. Saya juga akan menyelidik perkembangan budaya menonton wayang di Malaysia. Termasuk
               makanan,  kemudahan,  dan  bilangan  pawagam  di  Malaysia  pada  masa  kini.  Penyelidikan  ini  akan
               menggunakan kajian kualitatif sebagai kaedah utama untuk mengumpul data dan pemerhatian terhadap
               dapatan  kajian.  Penyelidikan  ini  menjangkakan  budaya  menonton  wayang  di  Malaysia  pada  era
               kontemporari masih relevan walaupun terdapat banyak platform penstriman filem atas talian. Disertasi
               saya  berpendapat  bahawa  budaya  menonton  wayang  di  Malaysia  pada  era  kontemporari  masih  kuat
               dengan konsep Pusat Sehenti Setempat yang diterapkan hampir di mana-mana di Lembah Klang manakala
               terdapat  banyak  platform  penstriman  filem  dalam  talian  yang  tersedia  dan  lebih  mudah.  Penemuan
               daripada penyelidikan akan menyumbang kepada kajian sinema Malaysia, khususnya budaya menonton
               wayang di Malaysia. Saya mencadangkan lebih banyak kajian tentang tingkah laku penonton di Malaysia,
               budaya menonton wayang pada era kontemporari Malaysia mengenai filem, genre, bintang dan auteur.



               Kata Kunci: budaya menonton wayang, sinema Malaysia kontemporari































               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 202 -
   210   211   212   213   214   215   216   217   218   219   220